Saturday, December 25, 2010

FURU' AL-MASAIL

Kitab Furu' Al-Masa'il panduan lengkap jalani kehidupan

Kitab penjelasan hukum jadi sumber rujukan generasi muda minat tambah pengetahuan agama
KEPUASAN bagi bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz, ialah apabila meneliti buku kuning dengan tulisan jawi kuno yang sering dijadikan rujukan kini dalam bentuk buku berkulit tebal dan bahasa lebih mudah difahami.

 

ABU HASSAN menunjukkan buku Furu’ Al-Masa’il yang diterjemahkannya daripada  kitab lama yang menjadi sumber rujukan   ketika ditemui baru-baru ini.
ABU HASSAN menunjukkan buku Furu’ Al-Masa’il yang diterjemahkannya daripada kitab lama yang menjadi sumber rujukan ketika ditemui baru-baru ini.

Hatinya akan lebih puas dan gembira, apabila maklumat termuat dalam buku Furu’ Al-Masa’il yang disusun daripada kitab lama yang dialih bahasa daripada kitab asal berbahasa Arab itu memberi manfaat kepada semua.
"Ketika menyusun kitab bermutu ini kerana khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya, matlamat saya supaya ia dapat dimanfaatkan generasi masa kini khususnya mereka yang dahagakan ilmu. Maklumlah, tidak semua boleh memahami tulisan jawi lama.
"Selepas buku ini siap dalam bentuk seperti ini, saya rasa puas hati kerana ilmu pengetahuan yang dulunya bukan semua orang boleh memahaminya kini sudah boleh dibaca dengan mudah," katanya pada pertemuan di rumahnya, baru-baru ini.
Menunjukkan helaian kertas berwarna kekuningan dengan tulisan jawi yang tidak bernoktah, koma dan berbaris, itulah khazanah ilmu yang disimpannya dan sekali sekala diambil dari rak buku untuk rujukan.
Kitab Furu’ Al-Masa’il adalah kitab mengandungi soal jawab menyentuh syariat yang merangkumi pelbagai aspek seperti ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat, yang diterjemahkan oleh ulama Melayu Nusantara, Maulana Syeikh Daud Abdullah Fatani.
Buku asalnya adalah karangan al-Syeikh al-Allamah Muhammad Ramli Al-Kabir dan al-Allamah al-Muhaqqiq Minal al-Mutaakhkhirin al-Syeikh Husain Muhammad al-Mahalli.
Abu Hasan berkata, kitab yang dibeli di Mesir sekitar 1970-an sebagai khazanah ilmu itu sangat istimewa kerana mengandungi penjelasan hukum bagi hal yang dianggap remeh dan tidak ditemui dalam kebanyakan kitab fiqh lain.
Disebabkan itu, setiap kali berdepan persoalan atau diajukan pertanyaan yang dilihat mudah tetapi sukar untuk memberikan jawapan, rujukan terakhir beliau ialah buku yang kini helaiannya sudah banyak terlerai kerana buku berkenaan tidak akan menghampakan.
"Saya pernah ditanya mengenai solat jenazah dan saya jawab apa yang saya tahu tetapi untuk lebih yakin saya rujuk kitab fiqh. Kemudian saya capai buku ini dan dalamnya saya temui jawapan yang dicari.
"Daripada situlah timbul keinginan untuk menyusun buku yang hebat ini kerana perbahasannya relevan hingga sekarang. Lagipun, buku ini hanya boleh dibaca berapa orang sedangkan maklumatnya luas mencakupi masalah harian yang kadang kala kita tidak terfikir," katanya.
Bagaimanapun katanya, hasrat itu hampir terpadam apabila memikirkan kepada siapa ingin dimohon untuk mendapat kebenaran dan keizinan menyalin semula kitab berkenaan memandangkan berkemungkinan waris penulis asal bukan dari negara ini.
Keputusan dibuat selepas beliau beristikharah beberapa kali memohon petunjuk Allah yang kemudian mendorong hatinya untuk meneruskan cita-cita menyalin kitab itu dalam susunan bahasa yang mudah difahami tanpa terlebih dulu mendapat izin waris penulis asalnya.
Mengambil masa tiga tahun bagi menyiapkan jilid pertama yang diterbitkan syarikat Telaga Biru Sdn Bhd dan kini sudah ada di pasaran, Abu Hasan mengakui ada ketika dirinya seakan berputus asa terutama apabila berhadapan dengan susunan bahasa yang sukar difahami.
Itulah cabaran utama penghasilan buku Furu’ Al-Masa’il iaitu untuk menyusun bahasa yang sukar difahami dan ada kalanya bercampur dengan bahasa Arab kepada bahasa masa kini bagi memudahkan semua lapisan masyarakat membacanya.
Selain itu, beliau perlu berhati-hati kerana apa yang disalin membabitkan hukum yang tidak boleh ditulis sembarangan sedangkan ada antara penjelasan yang diberi sukar untuk difahami kerana susunan ayatnya.
"Saya sedang susun untuk jilid kedua mengenai bab muamalat dan boleh dikatakan setiap halaman penuh dengan tanda merah. Malah, ketika menyusun jilid pertama pun begitu juga, mana yang saya tidak faham, saya gariskan merah.
"Saya akan rujuk kitab lain untuk fahamkan maksud. Itu yang ada kalanya satu soalan makan masa satu minggu untuk disiapkan, belum lagi jawapannya. Jawapan pula tidak boleh lebih kurang kerana ini hukum. Paling lama, ada yang saya berhenti selama enam bulan.
"Ada yang terpaksa saya tinggalkan terus kerana tidak dapat memahami maksud soalan mahupun jawapan. Di sesetengah tempat saya tambah penjelasan serta huraian saya sendiri gunakan huruf condong supaya lebih jelas dan mudah difahami," katanya.
Beliau berkata, perbahasan yang dibuat dalam bentuk soalan dan jawapan juga memudahkan mereka yang berdepan masalah mendapatkan jawapan dengan cepat. Pendekatan itu juga mampu menarik minat pembaca yang berminat mendalami ilmu agama terutama generasi muda yang tidak gemar membaca.
Buku Furu’ Al-Masa’il hasil susunan Abu Hasan, dibahagikan kepada dua bahagian iaitu usuluddin dan fekah dengan sub topik mengenai iman, wahyu dan rasul, taharah, solat, zakat serta puasa.
Ditanya maklum balas pembaca terhadap buku susunannya itu, Abu Hasan melahirkan rasa terkejut apabila ramai yang menghubungi untuk mendapatkan naskhah berkenaan, malah ada yang berulang-ulang membelinya.
"Apabila berceramah saya bawa buku ini. Ramai yang berminat dan kitab ini sesuai dengan kehendak masyarakat. Mulanya saya ingat buku tiada sambutan tetapi ramai yang mencari.
"Pengalaman saya berceramah, ada soalan yang ditanya memang remeh. Jadi buku ini boleh dijadikan rujukan kerana soalannya bagus terutama yang membabitkan masalah cabang. Mudah-mudahan buku ini dimanfaat generasi kini yang berminat mendalami ilmu agama," katanya.

Wednesday, December 22, 2010

SOLUSI DI KOPERASI TUN SYED NASIR UTHM

Akhirnya....SOLUSI menembusi pasaran di institusi ini yang rata-rata terdiri daripada golongan profesional  pendidikan juga siswa siswi terpelajar..Terima kasih sahabat, Pn Zuraidah Samod yang banyak beri sokongan moral, Pn Siti yang bersetuju menerima majalah kami..sebenarnya baru 3 hari je SOLUSI berada di UTHM, kebetulan siswa dan siswi sedang bercuti, sambutannya belum boleh dijangka lagi..masih menunggu respon dari Pn Siti dan sahabat di pejabat Bendahari..apa-apa pun bagi warga UTHM bolehlah mendapatkan bacaan yang padat dengan ilmu ni..di Koperasi TSN, dengan lokasi yang kira menjadi tumpuan, berdekatan dengan blok pensyarah, cafeteria, blok akademik dan asrama lelaki TSN.
JENOFAL..kedai yang diuruskan siswa excellent..dhia`ul kutub masih menunggu jawapan!

SAMBUTAN LUAR JANGKAAN - SOLUSI PELBAGAI ISU

Edaran pertama majalah Solusi, Siri Ana Solehah, Siri Komik Ana Muslim adalah pada 25 November 2010 di ZM Petro Taman Desa. Seminggu kemudian semasa membuat servis..sepatutnya sebulan sekali..solusi tinggal 3, seorang pelanggan dari Batu Pahat borong Solusi isu sebelum dan seterusnya mempromosi kepada sahabat lain..dalam masa 3 minggu sudah 3 kali penghantaran dibuat..esok adalah penghantaran yang ke 5 dalam tempoh sebulan..sebanyak 28 unit Solusi setiap kali penghantaran..terima kasih Allah, membuka hati para pembaca dan tahniah kepada penggemar majalah Solusi kerana berjaya mendapatkan bahan bacaan ilmiah yang terbaik untuk diri dan keluarga..Terima kasih Pn Norita, pemilik ZM petro, yang memberi ruang dan peluang, Nissa yang bertanggungjawab menguruskan kedai serta pekerja lain yang mungkin menjadi salah satu pelanggan SOLUSI!
SOLUSI isu sebelum, Isu 1, 2, 3 dan 4 telah diulang cetak beberapa kali namun masih belum menampung permintaan tinggi pelanggan..Pelanggan yang dihormati..nantikan kelahiran SOLUSI isu PERDANA! Isu 5- Mengurus Nyawa sekarang telah diulang cetak atas permintaan ramai..boleh dapati di http://www.stormreaders.net/dhia`ul kutub.
Insyaallah..nantikan majalah baru yang tak lama lagi  akan berada di pasaran..sesuai untuk remaja..GENERASI QURAN..mudah-mudahan dapat membentuk sikap, akhlak mulia kepada generasi yang akan datang.

DHIA`UL KUTUB DI PENJARA KLUANG

Seminggu sudah, surat kebenaran membuat pameran dan jualan buku di Penjara Kluang telah terjawab..terima kasih pada Koperal Nizam (suami Kulin), Koperal Nasir (belanja makan sarapan  roti canai, nasi lemak dan milo ais) Tuan Mahadhir yang beri izin untuk masuk majalah solusi dan buku kanak-kanak di KOPENIAGA..katanya mulai Januari..hasrat hati pada awalnya nak batalkan saja pameran, alasannya tiada kudrat..tapi alhamdulillah cepat tersedar, inilah namanya PELUANG! Jadi pagi tu  lepas hantar Hafiz tuisyen science, kereta meluncur laju ke destinasi..kali ni anakanda sofea membantu..tempoh jualan diberi dari jam 8.00-5.00 ptg, tapi hingga jam 12.00 tengahari buku-buku telah disimpan, perbetulkan niat ..lillahitaala dan nak menyampaikan ilmu yang baik..Ya Razzak..alhamdulillah sungguh pun masa yang singkat dan tiada apa-apa event besar..Allah tidak lupakan kita...terima kasih kepada warga penjara Kluang atas sokongan dan dokongan, moga ilmu yang bermanafaat ini dapat ditempiaskan kepada generasi seterusnya..
SMS Haji Isa tadi cuba dipenuhi..buku hebat, pembaca hebat..Furu' Masail minta dihantarkan petang tu jugak untuk rujukan ceramahnya esok..mudah-mudahan menjadi manafaat dan kesan mendalam kepada pendengarnya..ada permintaan supaya esok dan seterusnya dhia`ul kutub bertapak di situ, insyallah di lain masa untuk program Penjara Kluang yang akan datang, dhia`ul kutub sedia memenuhi permintaan kalian..

Thursday, December 9, 2010

DILEMA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Semalam, pusing-pusing ke bandar menguruskan pesanan buku seorang sahabat di Semenyih..Indahnya Hidup Bersyariat..untuk dihadiahkan kepada bakal pengantin..mataku mencari-cari iklan kain rentang rumah kedai tiga tingkat pemaju PIJ Bhd, tapi tak nampak bayang..mungkin keputusan dah dibuat kot...minggu sudah dah ku susuli Pn Julaiha...ntah kali ke berapa dari bulan November, masih belum ada kata putus..hal begini tak akan berlaku kiranya pemajunya Majupadu atau BCB..inilah masalahnya bila berurusan dengan orang kerajaan..tapi aku pun makan gaji dengan kerajaan..takpelah itu lain cerita, berurusan dengan Pn Rozaini (yang memang pandai buat jualan hartanah)rumah kedai kami yang pertama yang berharga RM700k+ pada ketika itu adalah sangat mengujakan, mana taknya pendekatannya kepada pelanggan boleh dikatakan cekap le..usul demi usul dan potential tenancy pun dia selitkan..walau agak getir turun naik bank pada peringkat awal..alhamdulillah akhirnya lulus dan sekian lama menunggu, dapat penyewa yang setia..
Pagi tadi seorang sahabat memaklumkan..PIJ Bhd tidak bercadang membuka jualan lagi kepada umum..kecuali beberapa individu awam yang telah membuat booking atau marking lot (termasuk kami) mana-mana yang dikehendaki sekiranya telah mendapat kata putus daripada mana-mana syarikat lain yang berminat nak melabur di situ...maknanya keputusan Dato Pengarah tu kenalah kita akur sehinggalah pembeli katanya berminat nak buat kolej swasta di situ bayar deposit...jika ada rezeki kami insyallah dapatlah kumiliki bangunan 3 tingkat tu yang berharga RM430k+..dengan tujuan yang sama untuk pelaburan jangka panjang..manalah tahu suatu hari nanti kedi buku Dhia`ul kutub bertambah maju, insyallah ianya akan bertapak di situ...
Semalam juga sahabatku memberitahu pandangan seorang lawyer tentang tapak rumah kedai tu katanya keadaaan tanah yang terlalu rendah dan tidak berapa sesuai untuk dijadikan aset..tapi dalam masa yang sama lawyer tupun dah pasang niat nak beli cornet lot yang telah dibooking oleh sahabat ni...apa-apapun kembalilah kepada yang Maha Esa kerana kita hanya merancang hanya Dialah yang menentukan..dan percayalah rezeki Allah itu Maha Luas!

Wednesday, December 8, 2010

KISAH DUIT TERPIJAK

Rezeki tak disangka-sangka..seorang sahabat berkongsi ilmu pagi ni, tanah terbiar di bawah kabel elektrik telah disewakan kepada seorang petani berbangsa Cina (yang sering pandai mencari peluang mengimarahkan bumi)sejak 2 tahun sudah, sebanyak RM1200 setahun..rupanya bulan ini tempoh sewaan telah tamat dan melebihi bulan..tak sangka pula dengan menghubungi nya semalam sahabat ini menerima RM3000 tunai dan kontrak sewaan diteruskan..katanya dapat jugak beli keperluan sekolah anak-anak..
Ilmu sebegini kadang-kadang tidak tertulis di dalam buku..tapi kita kenalah kreatif, mencari kemahiran dan pandai membuka ruang dan peluang.

KUMPULAN PERTAMA TAHFIZ MEDIK DI MAK

Lewat malam telefon berbunyi..Pn Masyitah berhajatkan stok solusi isu 26, katanya esok ada sesi temuduga ambilan tahfiz medik..kumpulan pertama di sekolah ustaz..sebenarnya stormreaders dah 3 bulan berada di MAK..Danielbook yang diusahakan oleh ustazah...awal pagi ustaz ambil stok solusi dan buku lain gak..sungguhpun bilangan pelanggan tidak ramai..alhamdulillah rezeki Allah itu sangat luas..ada di mana-mana..hari ni Danielbooks masih buat jualan lagi termasuk koleksi buku dhia`ul kutub..
Masih ingat lagi pesan ustaz..'kita perlu berganding bahu tak boleh sendiri-sendiri, gerak sama-sama dan kongsi maklumat terkini bersama, barulah Mobile Stockist Kluang bertambah maju'..apa-apa pun ucapan jutaan terima kasih pada ustaz yang beri peluang kepada kedai buku dhia`ul kutub untuk maju setapak..insyallah jika sekolah ustaz perlukan bantuan dan sumbangan untuk apa-apa program..carilah dhia`ul kutub..petang semalam aku menerima hasil jualan buku dengan bantuan Haikal..yang gigih membuat jualan..Pengalaman dan ilmu berniaga Haikal dapat menjadi contoh kepada yang lain..seperti kisah dalam buku Rich Dad Poor Dad tu...ajarlah anak-anak dalam ilmu-ilmu kewangan selain akademik..perniagaan juga boleh kita wariskan kepada mereka selain harta benda dan wang ringgit..Syabas anakanda Haikal!

Monday, December 6, 2010

DHIA`UL KUTUB BERSAMA TADIKA KEMBARA

Petang tadi techer Dida dari Kembara call, mengingatkan tarikh pendaftaran pelajar baru dan suaikenal sesi 2011 pada 4-5 Disember..Dhia`ul kutub dijemput untuk buat pameran dan jualan buku..stok sedia ada kena kusesuaikan dengan audien,almaklumle kebanyakan murid-muridnya terdiri daripada bangsa Cina dan selebihnya Melayu ok..nampaknya buku aktiviti dan komik serta bacaan kanak-kanak masih banyak..anak-anakku ni sedia membantu, maklumlah mereka dah familiar sangat dengan sekolah tu..yang pasti pada hari yang sama, aku perlu menghadiri talk bersama stormreaders di Johor Bahru..peluang-peluang seperti ini perlu kita pandang, salah satu cara memperkenalkan produk kepada umum..
Pagi itu dalam cuaca hujan renyai booth buku tetap dibuka..suasana agak sepi, pagi ni 2 jam sahaja tempoh untukku berniaga memandangkan kena bergegas ke Johor Bahru di Hotel Rasa Sayang untuk menghadiri talk bersama stormreaders..alhamdulillah hari ni tidak menghampakan..teacher Intan dan Pn Hazirah nampaknya berminat untuk membuat pesanan buku Jawi Teks, Sirah 25 Rasul dan buku Adab dan Doa..Pn Hazirah juga peminat majalah solusi..katanya solusi tidak seperti majalah lain...kalau tak nak boleh buang..ilmu yang ada dalam solusi padat dan sesuai untuk bacaan seisi keluarga..nak simpan sebagai koleksi katanya..semalam seorang sahabat Cikgu Yuhanis menghantar pesanan ringkas..katanya gembira melihat sebaris nama di belakang majalah solusi isu 26 tertera namaku...mudah-mudahan usaha menyampaikan ilmu Allah ini diterima olehNya..amin

Thursday, December 2, 2010

DINAR OH DINAR

Lama dah aku dok perhatikan perubahan harga public dinar ni...hari demi hari bulan demi bulan dan trend turun naik tu macam dah boleh baca..dalam seminggu ni harga terendah rm 642 tapi hari ni 1 Disember dengan kenaikan harga minyak rm2.30 dinar ni melambung ke rm 655..memang dah pasang hajat le, turun je harga rm620 ke bawah aku borong 6 keping untuk ke enam-enam anakku..hadiah buat mereka yang selama hidup ini telah memberi kegembiraan buatku..aku tak berhajat untuk menjualnya semula..itu prinsip akula..selain tabungan potongan gaji bulanan ke akaun masing-masing..inilah salah satu cara simpanan kepada mereka hingga dewasa kelak.
Semalam saudagar dinar nak jual kepingan emasnya..katanya nak buat modal renovate rumah..kebetulan harga pun semakin naik ni..boleh buat untung le kat situ..kita sebenarnya ada pelbagai pilihan untuk menabung dan buat kekayaan, carilah sebanyak-banyak ilmu dengan kekayaan yang kita miliki..

KEAJAIBAN DHUHA

"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya segala keindahan itu adalah keindahanMu,sesungguhnya segala kecantikkan itu adalah kecantikkanMu, sesungguhnya segala kemuliaan itu adalah kemuliaanMu, sesungguhnya segala kekuasaan itu adalah kekuasaanMu, Wahai Allah.. sekiranya ada rezekiku di atas langit turunkanlah ia, sekiranya ada rezekiku di bawah bumi keluarkanlah ia, sekiranya rezekiku itu jauh dekatkanlah ia, sekiranya rezekiku itu kotor sucikanlah ia..ya Allah sekiranya rezeki ku itu susah permudahkanlah ia, Wahai Allah yang maha mulia dan berkuasa limpahkanlah rezekiMu itu kepadaku sepertimana engkau telah melimpahkannya kepada orang-orang yang soleh..."
Sesungguhnya kata-kata Allah adalah benar..janji-janji Allah adalah benar..Allah tak pernah melupakan kita..hamba yang selalu mengingatinya..alhamdulillah hari demi hari rezeki itu datang dengan sendirinya..bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, kebahagiaan dan kegembiraan juga adalah rezeki yang Allah limpahkan, kesihatan, keselamatan, penyelesaian masalah, peluang-peluang niaga, pelanggan yang setia, anak-anak yang menggembirakan..lakukanlah kerana ALLAH dan istikamah..jadikan ia sebagai amalan sunat sebagai pelengkap kepada solat fardhu selain solat malam(tahajjud),..dapatkan keterangan lanjut tentang solat-solat sunat dalam buku Panduan Solat Sunat Masa Kini..dhia`ul kutub

Wednesday, December 1, 2010

PRA UPSR DI ERA KONDUSIF

Kebimbangan itu penting untuk tindakan kepada sesuatu yang lebih positif..hari ini hari kedua Amir Hafiz menghadiri kelas tambahan sebagai pengisian cuti disamping program hafazan dan persediaan awal untuk menduduki UPSR 2011..semalam moodnya masih tak menentu..setelah ku pujuk, ku daftarkan, ku hantar hingga ke tempat duduk di kelas (meja belakang sekali jadi pilihannya), dan ku beri pesanan positif akhirnya cair hatinya..Cikgu Rokiah adalah guru Matematik dari sekolah Kg Melayu Kluang..2 hari Amir Hafiz terlepas kelas..Minggu depan dan minggu berikutnya mata pelajaran Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..
Semalaman, seharian Hafiz menyiapkan latihan yang tertinggal 2 hari...pagi ni kelas Hafazan ditinggalkan sebab semalaman jugak dia telah menghafaz surah seperti yang dipesan oleh ustaz Zaidi..Jumaat ni program hafazannya akan diteruskan..Kebelakangan ni kulihat semangat belajarnya semakin menurun..prestasinya apa lagi merudum..aku menangis kerana terasa gagal dalam memberi pendidikan kepadanya..aku leka dengan kesibukan yang dicipta sendiri sedangkan sahabat lain yang punya sebaya anaknya dengan anakku memenuhi masa belajar bersama anak-anak..betul, kita kena sama duduk dengan mereka, kena lebihkan masa dan tumpuan..wahh hebatnya aku kalau boleh buat semua perkara..sendirian! BIONIC WOMAN! Kata seorang sahabat kepadaku..
Pagi ni semangat Hafiz untuk ke kelas tambahan meningkat..ya aku perlu terus meniupkan semangat kepadanya agar dia sama-sama cemerlang seperti ibu bapanya! Sabtu dan Ahad ni kelas Taekwandonya akan bermula..agak lewat aku memulakan kemahiran mempertahankan diri untuknya..biar dia cergas dan cerdas akal fikiran..dialah yang akan jadi contoh kepada adik-adik, dia jugalah bakal menjadi pemimpin kerana dialah anak sulungku! Yang bakal menerajui perniagaan dan aset-aset kami..Koleksi buku dari Dhia`ul kutub Siri Cemerlang Bahasa (Bahasa Malaysia)ku hadiahkan kepadanya sebagai motivasi...

YASMIN VS E-XTRA

Cahaya mataku yang ke lima ni lain kecenderungannya..cepat belajar daripada apa yang dilihat..dah beberapa kali Kembara invite pengisian program cuti sekolah..kali ni dengan azam yang teguh, masa untuk Yasmin Hanis akan dipenuhi dengan bacaan e-xtra dan al-barqi bukan di Kembara tetapi bersama mamanya..hari pertama memulakannya agak perlahan..perhatiannya lebih kepada yang lain..timbul idea untuk wujudkan suasana belajar secara kumpulan..semua anak-anak terlibat sama, agihan masa dengan seimbang..belajar, menonton tv, bermain di luar, internet, hafazan, aktiviti kendiri..alhamdulillah pencapaiannya hari ke hari dari satu muka surat semakin bertambah 3 muka surat..mana taknya..diumpan dengan hadiah..nak gula-gula atau cili..
Selain menerima pujian setiap sebutan yang betul..semangat Yasmin perlu diteruskan hari ke hari tanpa jemu..awal pagi dia akan menonton siri kegemarannya..sukakan music dan dancing..biarkan, asalkan ada batasnya..tertutup dan terkawal
Umurnya sudah 4 tahun..diusia 3 tahun mama tak dapat beri tumpuan dalam bacaan e-xtra kerana menunaikan ibadah haji..tidak seperti kakaknya...sewal usia 3 tahun telah pandai membaca dua suku kata..semuanya akan berlaku dengan latihan dan kesungguhan..
Inilah pengorbanan yang mama akan teruskan untuk anak-anak mama agar mereka sentiasa sempurna mendapat pendidikan awal..Teruskan Yasmin, dengan usaha yang gigih dan berterusan, Yasmin pasti cemerlang!..Abang dan kakak akan sama turun padang untuk memastikan Min cepat membaca..lepas ni Min boleh ajar baby Dhea' Soleha pulak..dan yang pastinya banyak koleksi Dhia`ul kutub menanti untuk Min baca..Hadiah buat Yasmin Hanis Bt Mohd Sahid, Independence Award 2010 akan jadi Excellent Award 2011..boleh sayang..