Saturday, November 27, 2010
MAKNANYA PENGALAMAN
Hampir seminggu menanti kata putus En Ismail Bin Badar..buatku benar-benar resah..mana taknya duit telah ku laburkan, buku-buku yang ku pesan menunggu masa penghantaran..sms dari En Ismail merungkai segala keresahan..`ok..pagi ni dtg ke tapak karnival dan jumpa saya'..alhamdulillah dia benar-benar beri peluang kat aku yang baru nak berjinak dengan dunia perniagaan..Jiha yang dari malam menanti jawapan esok niaga atau tak..ku kerah awal pagi ke tapak karnival..ini pengalaman kedua buat Jiha dan Fatin selepas pertama niaga di Dewan Mahkota untuk meraikan Anugarah Cemerlang Tabika KEMAS..terima kasih kepada Pn Normah yang beri laluan untukku mulakan jualan dan pameran buku ni...alhamdulillah masa yang singkat dari jam 8.00 hingga 12.00 tengah hari pun memadai kerana tak berbayo apa-apa dengan hasil rm200+ ok jugak lah tu..macam-macam pelanggan..sukar jugak nak tarik pelanggan membaca solusi..pandang sebelah mata je buku-buku agama nih..ntah apa yang ditakutkan..tengok dari jauh je...mungkin aku tersilap audien..penat Jiha ngan Fatin lum hilang lagi..almaklumle kena berdiri terpacak menjaga gerai...kelengkapan tak cukup..persediaan mental and fizikal dah ok..tapi material tak lengkap..thanks to my hubby..datang bak hero bawakan kami 3 bangku dan plastik..meja dan kaki meja ni pulak hasil kreativiti meminjam dengan exschoolmate aku yang kini jadi rakan niaga buku..terima kasih pah..kena bagi komisyen ni! Alas meja ni plak yang gambo buah-buahan ni sebenarnya harta kesayangan hand made kakak aku (Cikgu Aisyah)..yang selama ni banyak menolong aku..Aku sangat menghargaimu! Mudah-mudahan jadi penarik orang datang beli buku...Kita mesti pandai mencari peluang...kata-kata Dr Irfan Hairi dalam bukunya Nota Motivasi Nota Perniagaan..dan esoknya aku dapat kenalpasti tapak niaga baru..Anugerah Cemerlang Tadika PASTI..kali ni tapak berbayo rm20..ada 3 buah gerai buku saingan..alhamdulillah sahabat dari Pustaka al-atiq datang membantu..katanya nak jd driver dan dalam usaha nak buang malu niaga...nak setting gerai awal-awal tu je ..bila dah buka meja pelanggan dah mula datang..emm tak cukup tangan gak..haa kat sini di Dewan Bakhita pelanggannya agak sesuai..buku kanak-kanak paling laris siri ana solehah, sirah 25 rasul, buku aktiviti bm,math, science, jawi,evolusi, rajawali fc, pada suatu hari, dongeng haiwan, komik ana solehah, satria, generasi dan....disitulah kawan-kawan dan sahabat-sahabat lama berkumpul..hubby jadi babysitter kat umah..memang kalau nakkan kejayaan kita perlu sama-sama berkorban dan saling memahami..prinsip aku, aku tahu pendapatan hariannya pun dah cecah ribu..jadi mana layaknya dia duduk membuat kerja 'rendah' seperti ni..pada aku ini kerja yang mulia..aku ada kelebihan di situ..alhamdulillah hasilnya rm400+..siapa nak bagi kan..ini semua rezeki yang Allah beri..TERIMA KASIH ALLAH..sebenarnya hari ini aku dapat tawaran bukak gerai kat SMK Gemereh, Segamat nun..ABIM punya program...jauh tu! Ayah kepada Sariah anak muridku..banyak membantu dan kongsi pengalaman niaga..dalam dunia ni memang ada manusia yang berhati mulia..Balik kursus mobile stokis tu momentum aku tengah tinggi..jadi tak boleh berhenti nanti susah nak naikkan momentum tu semula...pusing-pusing bandar cari peluang niaga..nampak lah banting Karnival Rakan Muda Gaya Sihat...hubby jugak yang bertindak dulu..aku tukang contact sana sini...akhirnya terbuka juga meja buku aku di tapak karnival peringkat negeri tu..bukan senang nak hidup senang...aku sebenarnya dah merasakan kesenangan tu..cumanya dulu aku pernah terfikir untuk berniaga..tapi tak tahu apa barang yang best untuk diniagakan...orang lain aku tengok senang je ada idea dengan kemahiran masing-masing..aku ni menjahit pun tak reti, buat botok-botok pun tak pandai..kemahiran aku kerana aku orang pink kot..boleh bertutur dan yakinkan orang..nipun kena latihan lagi, sahabat niaga aku Danielbooks kata jual buku ni tak perlu nak cerita banyak..orang yang dah biasa dengan buku takkan cakap banyak...tengok, pegang dan minat terus beli..kadang-kadang betul gak pendapatnya..tapi bagi yang baru nak berjinak dengan buku ni .dahlah bukunyanya bersalut plastik dan tak dapat nak selak...memang banyak bertanya dan nakkan penerangan..nak tak nak kenalah penjual ni tahu dan ada ilmu tentang buku tu...baru le membuka hati dan minda pembeli untuk membaca..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment