Saturday, November 27, 2010

MAKNANYA PENGALAMAN

Hampir seminggu menanti kata putus En Ismail Bin Badar..buatku benar-benar resah..mana taknya duit telah ku laburkan, buku-buku yang ku pesan menunggu masa penghantaran..sms dari En Ismail merungkai segala keresahan..`ok..pagi ni dtg ke tapak karnival dan jumpa saya'..alhamdulillah dia benar-benar beri peluang kat aku yang baru nak berjinak dengan dunia perniagaan..Jiha yang dari malam menanti jawapan esok niaga atau tak..ku kerah awal pagi ke tapak karnival..ini pengalaman kedua buat Jiha dan Fatin selepas pertama niaga di Dewan Mahkota untuk meraikan Anugarah Cemerlang Tabika KEMAS..terima kasih kepada Pn Normah yang beri laluan untukku mulakan jualan dan pameran buku ni...alhamdulillah masa yang singkat dari jam 8.00 hingga 12.00 tengah hari pun memadai kerana tak berbayo apa-apa dengan hasil rm200+ ok jugak lah tu..macam-macam pelanggan..sukar jugak nak tarik pelanggan membaca solusi..pandang sebelah mata je buku-buku agama nih..ntah apa yang ditakutkan..tengok dari jauh je...mungkin aku tersilap audien..penat Jiha ngan Fatin lum hilang lagi..almaklumle kena berdiri terpacak menjaga gerai...kelengkapan tak cukup..persediaan mental and fizikal dah ok..tapi material tak lengkap..thanks to my hubby..datang bak hero bawakan kami 3 bangku dan plastik..meja dan kaki meja ni pulak hasil kreativiti meminjam dengan exschoolmate aku yang kini jadi rakan niaga buku..terima kasih pah..kena bagi komisyen ni! Alas meja ni plak yang gambo buah-buahan ni sebenarnya harta kesayangan hand made kakak aku (Cikgu Aisyah)..yang selama ni banyak menolong aku..Aku sangat menghargaimu! Mudah-mudahan jadi penarik orang datang beli buku...Kita mesti pandai mencari peluang...kata-kata Dr Irfan Hairi dalam bukunya Nota Motivasi Nota Perniagaan..dan esoknya aku dapat kenalpasti tapak niaga baru..Anugerah Cemerlang Tadika PASTI..kali ni tapak berbayo rm20..ada 3 buah gerai buku saingan..alhamdulillah sahabat dari Pustaka al-atiq datang membantu..katanya nak jd driver dan dalam usaha nak buang malu niaga...nak setting gerai awal-awal tu je ..bila dah buka meja pelanggan dah mula datang..emm tak cukup tangan gak..haa kat sini di Dewan Bakhita pelanggannya agak sesuai..buku kanak-kanak paling laris siri ana solehah, sirah 25 rasul, buku aktiviti bm,math, science, jawi,evolusi, rajawali fc, pada suatu hari, dongeng haiwan, komik ana solehah, satria, generasi dan....disitulah kawan-kawan dan sahabat-sahabat lama berkumpul..hubby jadi babysitter kat umah..memang kalau nakkan kejayaan kita perlu sama-sama berkorban dan saling memahami..prinsip aku, aku tahu pendapatan hariannya pun dah cecah ribu..jadi mana layaknya dia duduk membuat kerja 'rendah' seperti ni..pada aku ini kerja yang mulia..aku ada kelebihan di situ..alhamdulillah hasilnya rm400+..siapa nak bagi kan..ini semua rezeki yang Allah beri..TERIMA KASIH ALLAH..sebenarnya hari ini aku dapat tawaran bukak gerai kat SMK Gemereh, Segamat nun..ABIM punya program...jauh tu! Ayah kepada Sariah anak muridku..banyak membantu dan kongsi pengalaman niaga..dalam dunia ni memang ada manusia yang berhati mulia..Balik kursus mobile stokis tu momentum aku tengah tinggi..jadi tak boleh berhenti nanti susah nak naikkan momentum tu semula...pusing-pusing bandar cari peluang niaga..nampak lah banting Karnival Rakan Muda Gaya Sihat...hubby jugak yang bertindak dulu..aku tukang contact sana sini...akhirnya terbuka juga meja buku aku di tapak karnival peringkat negeri tu..bukan senang nak hidup senang...aku sebenarnya dah merasakan kesenangan tu..cumanya dulu aku pernah terfikir untuk berniaga..tapi tak tahu apa barang yang best untuk diniagakan...orang lain aku tengok senang je ada idea dengan kemahiran masing-masing..aku ni menjahit pun tak reti, buat botok-botok pun tak pandai..kemahiran aku kerana aku orang pink kot..boleh bertutur dan yakinkan orang..nipun kena latihan lagi, sahabat niaga aku Danielbooks kata jual buku ni tak perlu nak cerita banyak..orang yang dah biasa dengan buku takkan cakap banyak...tengok, pegang dan minat terus beli..kadang-kadang betul gak pendapatnya..tapi bagi yang baru nak berjinak dengan buku ni .dahlah bukunyanya bersalut plastik dan tak dapat nak selak...memang banyak bertanya dan nakkan penerangan..nak tak nak kenalah penjual ni tahu dan ada ilmu tentang buku tu...baru le membuka hati dan minda pembeli untuk membaca..

Thursday, November 25, 2010

CUTI SEKOLAH

cuti panjang nampaknya.....sementara tiada anak-anak yang mengambil peperiksaan besar,kuranglah sikit bebanan dan tekanan.kalu tidak degupan jantung,tekanan darah dan emosi pun jadi tak menentu,biasanya menaik saje.
apa aktiviti menarik untuk anak-anak?
melancong,balik kampung,tv,internet....walau apa pun semuanya kena diseimbangkan.anak-anakku berempat kuhantar ke kelas tahfiz untuk membiasakan mereka menghafal surah-surah lazim dan insyaAllah menghafal al quran dalam masa terdekat ini.ku impikan kesemua zuriat ku menjadi penghafal al quran,kalamullah.Ini the greatest software yang cuba diinstall dalam diri mereka.Perjalanannya jauh dan agak sukar tapi MUSTAHIL hanyalah alasan.Akan kukerah kudrat ku,tenaga ku,kebolehan dan segala senjata yang ada untuk merealisasikan cita-cita ini.AMINkan doa saya ini.

BACA BACA BACA DAN BACA

iqra........,
marilah membaca,statistik menunjukkan rakyat malaysia kurang membaca apabila di bandingkan dengan rakyat negara maju.biasa nampak travellers dari luar negeri membaca dimana mana....dlm keretapi,kapal terbang,bus stop,cafe dan byk tempat lagi.KNOWLEDGE IS POWER. 

Artikel dipetik daripada buku Petua Membantu Anak Berjaya oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin dan Nurul Aida Abdul Ghani.
Petikan Buku : Rangsang Anak Suka Membaca
Orang yang kurang membaca, sukar berjaya. Jarang orang yang tidak suka membaca, boleh berjaya di dunia. Memang ada seorang dua yang tidak suka membaca hidupnya cemerlang, tetapi ini adalah kes terpencil. Tuhan aturkan begitu bagi menunjukkan kekuasaannya. Lumrahnya, orang yang suka membaca pasti cemerlang.
Membaca adalah pintu untuk ilmu. Membaca dapat menjana pemikiran dan tindakan. Membaca adalah pintu untuk ilmu. Membaca dapat menjana pemikiran dan tindakan. Membaca membentuk dan mengarahkan masyarakat ke arah kehidupan yang sempurna dan seimbang. Kejayaan cemerlang tidak wujud dalam masyarakat jahiliah, iaitu masyarakat yang ketandusan ilmu dan peradaban.
Bentukkan budaya membaca di rumah. Beri ganjaran dan dorongan seperti puji-pujian dan hadiah kepada anak-anak yang rajin membaca. Sebagai contoh, setiap kali membaca, anak mendapat markah. Sebuah buku bagi 100 markah, jadi 10 buah buku markahnya 1000. Mungkin apabila mececah 2000 markah, anak-anak boleh dapat basikal baru. Ibu bapa meletakkan ganjaran yang mampu dicapai oleh anak-anak, di samping menyemak kembali kefahaman dan ilmu-ilmu yang digarap melalui pembacaan.
Pastikan ibu bapa di rumah menyediakan bilik bacaan, perpustakaan ataupun satu almari besar yang dipenuhi dengan buku-buku dan bahan bacaan. Sayangnya apabila sesebuah rumah itu memiliki bilik makan, bilik tidur dan bilik air yang besar, tetapi tidak mempunyai bilik bacaan dan ruang bacaan yang selesa. Sediakan tempat bacaan itu demi membudayakan cinta membaca di rumah anda.
Selain itu, beli buku-buku yang anak minati. Bawa anak ke kedai-kedai dan pameran-pameran buku, dan belikan mereka bahan bacaan yang pelbagai. Komik dan majalah ringan boleh dibaca, tetapi jangan kerap. Terdapat pelbagai bahan bacaan lain yang perlu didedahkan kepada anak-anak, contohnya seperti ensiklopedia, kamus, tesaurus, jurnal, surat khabar, nota poket, dan sebagainya.
Perlu diingatkan, jangan memaksa anak membaca buku. Jadikan membaca sebagai satu rutin ataupun tabiat yang dibina secara perlahan-lahan. Sejak umur beberapa bulan lagi, anak-anak boleh dibiasakan dengan bahan bacaan ringan seperti Flash Card dan buku ABC, 123 serta Alif, Ba, Ta. Apabila anak besar sedikit, dan didapati mereka lebih suka bermain daripada membaca, pujuk dan nasihatlah mereka supaya kembali suka pada membaca. Berikan ganjaran yang sesuai supaya mereka terdorong membaca dan merasa seronok melakukannya.
Ibu bapa juga perlu membelek diri sama ada mereka rajin membaca ataupun tidak. Takut-takut ibu bapa hanya rajin melayari internet dan menonton VCD, tetapi tidak berminat membaca. Anak-anak mudah terdorong mengikut tingkah laku ibu bapa. Bentuk suasana yang boleh merangsang anak-anak supaya seronok membaca.
Kekuatan fizikal yang terpenting bagi manusia adalah keupayaan otaknya berfikir. Apabila diteliti kehebatan otak, individu itu mampu melakukan apa sahaja di dunia ini sekiranya mempunyai keazaman yang kuat. Keupayaan otak ini dapat dirangsang dengan banyak membaca. Melalui pembacaan, individu itu dapat mempelajari pelbagai ilmu, teknik-teknik, cara-cara dan kaedah-kaedah mempertingkatkan potensi diri dan kemampuan cemerlang di dunia dan di akhirat. Rangsang anak suka membaca dan cinta membaca supaya mereka pandai membaca buku dan membaca kehidupan.

Saturday, November 6, 2010

SOLUSI

Majalah Solusi Edisi 25
Majalah Solusi Edisi 25
Product Information

Majalah Solusi Edisi 25 (November 2010).
Isu: Mujahadah Melawan Nafsu.
Antara yang menarik adalah kupasan tentang Bank ISlam Mahal, Keajaiban Kulit Manusia, Kisah Saudah Bt Zam'ah dan juga Muslim Yang Islamophobia.
Price: RM9.00
salah satu bahan bacaan yang menarik,padat dan bermenafaat.dapatkan di pasaran atau melalui tempahan online di kedai stormreaders.

Friday, November 5, 2010

BUKU PILIHAN

buku bertajuk nota hati seorang lelaki......bacaan santai diselitkan dengan nasihat-nasihat agama dari kehidupan,pengalaman ustaz pahrol.

SALAM PERKENALAN

baru nak belajar berblog,ni semua pasal stormreaders punya hal.esok InsyaAllah akan bergerak ke hq kl untuk talk pasal mobile stokist.5 anak sudah di pos ke kampung,si dhea pun akan ditinggal bersama pengasuh.lepas subuh esok akan bergerak ke kl.